Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak menimpa kamu satu musibah, tidak kena kamu satu musibah walaupun suatu kecil-kecil musibah melainkan dengan apa yang kamu sendiri usahakan”

menurut ulama tafsir al-quran, ayat ini seolah-olah menerangkan bahawa setiap kesilapan yang kita lakukan pasti akan menerima balasan dari Allah, sebagaimana yang menimpa nabi Adam a.s yang selama baginda duduk di dalam syurga yang senang-lenang, kerana keingkarannya kepada perintah Allah yang melarang dari mendekati pokok terlarang, baginda di usir dari syurga Allah sebagaimana firman Allah swt

“Dan ingatlah ketika mana kami berkata kepadamu: Duduklah wahai kamu dan isteri kamu di dalam syurga, makanlah apa yang kamu mahu makan, cuma jangan hampiri pokok ini”

Oleh kerana terpengaruh dengan hasutan syaitan, maka hawa dan nabi adam a.s, telah memakan buah khuldi itu, lalu diusir keluar dari syurga Allah

“Berambus kamu semua dari syurga”

Selepas baginda di halau dari syurga ke muka bumi, nabi adam a.s telah insaf, lalu Allah swt mengajar baginda bagaimana untuk bertaubat. Akhirnya pada 10muharam, taubat nabi adam a.s telah diterima Allah

Firman Allah swt:

“Harini apabila mereka telah lupa apa yang telah dinasihatkan kepada mereka, lantas mereka melalukan apa yang terlarang, meninggalkan yang halal, kami akan buka kepada mereka segenap pintu rezeki, biar mereka mewah sehinggalah mereka bongkak, sombong dengan kekayaan mereka, kami akan ambil kemewahan itu dengan tiba-tiba”

macam yang kita semua tahu, macam-macam bencana alam telah menimpa dunia masa kini, telah banyak harta yang hilang, keluarga yang kehilangan ahli keluarga. namun disebalik kejadian yang menimpa ini, hendaklah kita semua tahu bahawa tidaklah sesuatu itu terjadi tanpa izin Allah, tanpa hikmah disebaliknya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan uji dengan suatu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan jiwa, berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

ulama’ tafsir menerangkan bahawa orang-orang yang sabar ini ialah golongan yang apabila ditimpa bencana mereka masih bertenang, menyebut innalillah wa inna lillahi rojiun serta berdoa ke hadrat Allah semoga diberi ketenangan untuk menempuh dugaan tersebut.

Firman Allah swt:

“Berlakulah kerosakan, bencana di daratan, lautan kerana itu berlaku atas kesilapan manusia sebagai balasan atas kesilapan yang mereka lakukan”

so sebenarnye setiap bencana yang diturunkan oleh Allah itu berlaku kerana wujudkan kesilapan yang telah kita lakukan, sebagai contoh yang berlaku kepada kaum Aad, mereka telah diberi nikmat kemewahan hasil tanaman tetapi mereka kufur dan menolak ajaran nabi hud a.s, lalu mereka dibinasakan dengan angin puting beliung yang dahsyat

firman Allah dalam surah al-haaqqah ayat 6-7:

وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ

Adapun kaum Ad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk).”

kaum nabi nuh yang telah dibinasakan dengan banjir yang dahsyat sebagaimana dalam surah al-qamar ayat 9-16

Sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kaum Nuh maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan: “Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman. Maka dia mengadu kepada Tuhannya: bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu tolonglah (aku). Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan.Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku, yang berlayar dengan pemeliharaan Kami sebagai balasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh). Dan sesungguhnya telah Kami jadikan kapal itu sebagai pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran? Maka alangkah dahsuyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku.”

ulama’ menafsirkan bahawa segala bencana yang berlaku di muka bumi datangnya dari maksiat yang berleluasa, sebagai contoh banjir yang berlaku adalah kerana berlakunya zina, rogol yang berleluasa. So, banjir ini diturunkan untuk menbersihkan muka bumi ini yang telah dinodai. Kemarau yang berpanjangan adalah berpunca dari golongan yang tidak mahu membayar zakat.

Sabda Nabi Muhammad saw:

“Tidak ada satu kaum yang menghalang harta mereka dari mengeluarkan zakat, maka perbuatan menghalang dari mengeluarkan zakat itu samalah seperti menghalang hujan turun dari langit. Allah tidak akan menurunkan hujan sehinggalah kamu semua mengeluarkan zakat”

Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang terjadi itu tanpa sebabnya. Firman Allah swt:

“Allah tidak pernah menzalimi manusia melainkan manusia itu menzalimi dirinya”

semoga kita semua selamat dari bencana Allah hendaknya, marilah sama-sama menjauhi larangan Allah, mentaati perintah Allah supaya kita semua hidup dalam suasana yang bertepatan dengan syariat Islam. Muhasabahlah diri, agar kita segera bertaubat apabila telah melakukan kesilapan, supaya kita mengambil iktibar dari kesilapan lalu, dari nasib yang menimpa kaum-kaum terdahulu. Saya teringat pepatah dalam buku teks sejarah yang berbunyi:

“People who forgot about the past are condemned to repeat it”

Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban:

Daripada Abu Bakrah r.a., Nabi saw bersabda: “Doa orang yang ditimpa bala ialah: ‘ Ya Allah! Aku mengharapkan rahmat Engkau, janganlah Engkau membiar aku menentukan diriku sendiri walau sekelip mata. Perelokkanlah keadaanku seluruhnya, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau”

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *